|
Soalan
lazim yang biasa ditanya kepada JKM
::
Perkhidmatan Anak Pelihara ::
S.
Bagaimanakah caranya untuk memohon anak pelihara melalui
JKM?
J. Pemohon boleh memohon samada melalui surat,
faks, telefon, email atau datang sendiri ke Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.
Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang
yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama
dengan dokumen yang diperlukan seperti:
- surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
- Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
- Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
S.
Siapakah yang boleh memohon pengambilan anak pelihara?
J. Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal
(single parents) yang menetap di Malaysia.
S.
Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai
anak pelihara mengikut undang-undang?
J. Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan
selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon.
Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen
atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan
mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai
bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah
merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
Permohonan
cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan
Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat
1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya
boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan
keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam
permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh
dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan
sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya
boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada
dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat
Pendaftaran Negara.
S.
Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak pelihara
tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan kepada JKM?
J. Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu
dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak
2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan,
dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan
kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00
atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
::
Penderaan Kanak-kanak ::
S. Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes penderaan
kanak-kanak dan kes pembuangan bayi?
J. Kes penderaan/ kes pembuangan bayi boleh dilaporkan
melalui salah satu cara berikut:
a)
Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040;
b) Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat
yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor;
c) Melaporkan kepada mana-mana balai polis/ Pondok
Polis yang berhampiran;
d) Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak/
Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan
berlakunya penganiayaan atau;
e) Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.
::
Keganasan Rumah Tangga ::
S. Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes keganasan
rumahtangga?
J. Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan
kejadian keganasan terhadapnya ke:
a) Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan
boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/
Jajahan yang berhampiran;
b) Menghubungi talian Teledera 1 800 88 3040;
c) Merujuk terus ke hospital yang berhampiran
sekiranya dicederakan.
::
Perkhidmatan Permohonan Mendapatkan Anak Angkat ::
S.
Berapa lama pemohon boleh mendapatkan anak angkat/anak
pelihara?
J. Segala permohonan baru akan diletakkan dalam
senarai menunggu setelah segala maklumat dan syarat
ditetapkan dipatuhi. Tiada tempoh masa tertentu kerana
ia bergantung kepada jumlah kanak-kanak di Insitusi
Jabatan.
S.
Adakah pemohon anak angkat/anak pelihara daripada Institusi
JKMM yang berjaya boleh memilih budak yang akan diserahkan
kepada mereka?
J. Pemohon yang berjaya tidak boleh memilih bayi
dari paras rupa fizikal, tetapi boleh memilih dari segi
umur dan jantina.
S.
Jika didapati budak tersebut tidak sesuai dengan kita,
bolehkah keluarga angkat memulangkan budak tersebut
kepada JKMM dan menggantikannya dengan budak yang lain?
J. Tidak boleh. Tawaran hanya diberikan sekali
sahaja. Anak angkat akan diambil kembali sekiranya JKMM
mendapati terdapat unsur-unsur pengabaian dan penderaan.
S. Adakah satu kesalahan memilihara anak angkat tanpa
membuat pendaftaran/memaklumkan kepada JKMM?
J. Pengambilan anak angkat walaupun secara sendiri
perlu dimaklumkan kepada JKMM mengikut sek.30, Akta
Perlindungan Kanak-kanak 1991.
S.
Berapa lamakah pengesahan taraf anak angkat/anak pelihara
bagi permohonan yang berjaya memperolehinya?
J. Sekiranya pemohon adalah bukan Islam, Akta
Pengangkatan 1952 boleh digunapakai untuk pengesahan
buat anak angkat selepas 3 bulan menjaga anak tersebut.
Bagi keluarga Islam, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
perlu digunapakai dan kanak-kanak perlu di bawah jagaan
1 bulan daripada 2 tahun.
::
Perkhidmatan Kemasukan Ke Rumah Seri Kenangan (RSK)
::
S.
Apakah cara untuk memohon kemasukan ke Rumah Orang Tua?
J. Permohonan
kemasukan ke Rumah Orang Tua boleh dibuat di mana-mana
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan di mana
pemohon tinggal; Setiap permohonan kemasukan disiasat
terlebih dahulu oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan
yang berkenaan dan laporan siasatan akan dimajukan kepada
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk ulasan dan
sokongan; Laporan tersebut akan dimajukan untuk kelulusan
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah
Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua
1983; Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan memaklumkan
keputusan kepada pemohon
S.
Siapakah yang boleh memohon masuk ke Rumah Orang Tua?
J. Yang daif dan berumur lebih daripada 60 tahun;
Yang tidak mengidap penyakit berjangkit; Yang tidak
mempunyai sanak saudara; Yang tidak mempunyai tempat
tinggal yang tetap dan Yang berupaya menjaga diri sendiri.
S.
Perlukah apa-apa bayaran untuk kemasukan ke Rumah Orang
Tua?
J. Permohonan untuk kemasukan ke Rumah Orang Tua
tidak dikenakan apa-apa bayaran kerana institusi tersebut
dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Soalan
Lazim Seterusnya >>
|