Laman Utama JKM Profail JKM Selangor Akta JKM Perkhidmatan JKM Institusi Kebajikan Masyarakat Direktori JKM Selangor Pejabat-pejabat JKM Selangor Hubungi JKM Selangor
 
 
Info Semasa
Perutusan Pengarah
Tips & Artikel
Program & Aktiviti
Soalan Lazim
Iklan JKM
Flash-Intro JKM
 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No 3, Jln Indah. Seksyen 14 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Tel: 603-55101400
Faks: 603-55190232
jkm@selangor.gov.my

Borang Aduan
Borang Briged Kebajikan Perdana
Borang Permohonan Anak Angkat
Borang Kutipan Derma
Brosur & Pamplet JKM

 
 
 

Perutusan Pengarah JKMN Selangor

Bismillahir rahman nirrahim Assalamualaikum w.b.t./Salam Sejahtera

Pertama-pertama saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua, maka terlaksananya laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Justeru itu usaha sebegini amatlah dialu-alukan bagi memenuhi cabaran alaf baru abad ke 21. Oleh itu segala perancangan gerak kerja dan mutu perkhidmatan JKM haruslah dipertingkatkan prestasinya sejajar dengan Wawasan 2020 dan Wawasan Selangor Maju 2005 berpaksikan kepada Tonggak 10.

Sesungguhnya objektif utama laman web ini diadakan untuk memudahkan individu dan komuniti berhubung dengan pihak JKM secara terus, cepat dan tepat. Ia juga merupakan salah satu cara dan instrument untuk mempercepatkan dan melicinkan perkhidmatan JKM kepada kumpulan sasar, orang ramai, sekaligus setiap perkhidmatan dapat disalurkan dengan lebih berkesan, berkualiti dan berterusan.

Maklumat yang disalurkan juga dapat membantu meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan keilmuan kepada setiap golongan masyarakat tentang bidang tugas JKM dan perkhidmatan yang ditawarkan di samping aspek-aspek lain yang berkaitan. Justeru itu, konsep penjimatan masa, tenaga dan kerenah birokrasi dapat dikurangkan dan penumpuan utama dapat dibuat kepada aspek perlaksanaan dan penilaian impak bagi perkhidmatan yang dipasarkan kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, saya amat berharap dan menyeru agar setiap ahli masyarakat Malaysia dapat manafaatkan laman web JKMN.Sel. dengan sebaik mungkin. Semoga dengan usaha ini hubungan JKM dengan masyarakat dapat diperkukuhkan dan bertambah erat berteraskan inspirasi dan wawasan negara.

"SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB JKMN. SELANGOR"

Sekian, terima kasih dan wassalam.
"BERKAT BERJASA"

Ikhlas,
 

(HAJI ADNAN BIN ABU BAKAR)
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
Selangor Darul Ehsan.

* Sila ke ruangan Tips & Artikel untuk mendapatkan pandangan, nukilan dan rencana lain tulisan-tulisan beliau.

* Saksikan Klip Video Korporat Jabatan Sempena Tahun Produktiviti Negeri Selangor

 

Utama | Profail | Akta | Perkhidmatan | Institusi | Direktori | Pejabat Kebajikan Masyarakat | Hubungi
Copyright © 2005 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. All rights reserved. Best View By 1024 x 768 Resolution