|
Pameran dan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor
9 dan 10 Mei 2009 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor senantiasa memberikan komitmen terhadap sebarang aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat. Baru-baru ini JKMN Selangor telah menyertai Pameran dan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor bertempat di Ruang Legar Selayang Mall, Selayang. Seperti kebiasaannya aktiviti yang dijalankan adalah sesi penerangan berkenaan perkhidmatan jabatan, pendaftaran orang kurang upaya, warga tua, permohonan untuk mendapatkan anak angkat dan sebagainya. Program ini turut disertai oleh beberapa agensi yang lain termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Insolvensi Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan lain-lain agensi. Pameran yang berlangsung selama 2 hari ini disertai seramai 12 pegawai dan kakitangan terdiri daripada pegawai di peringkat pejabat negeri dan PKMD Gombak.



|