|
Keberangkatan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke Rumah Persatuan
Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
4 Mei 2006 -
Sempena lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
ke Negeri Selangor satu majlis Keberangkatan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong ke Rumah Persatuan Kanak-Kanak
Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
yang telah diadakan di Petaling Jaya.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
ke Rumah Persatuan kanak-kanak Spastik Selangor Dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Petaling Jaya pada
jam 3.15 petang.
Keberangkatan baginda disambut
oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Zahrah Bte Kechik,
Isteri Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor,
Yang Berbahagia Datin Shahariah Bte Hashim, Isteri Yang
Berhormat Setiausaha Kerajaan N. Selangor, Yang Berhormat
Datin Paduka Seripah Noli Bte Syed Hussin, Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Kebudayaan dan Hal Ehwal
Wanita, Yang Dihormatkan Dato' Seri Langat Diraja Lam
Pheng Chong, Presiden Persatuan kanak-kanak spastik
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Berbahagia
To' Puan Lam, Yang Amat Dihormati Dato' Orang Kaya Maha
Bijaya Petaling dan Yang Berbahagia To' Puan Hajah Jamiah
Bte Haji Lebam, Yg Berbahagia Puan Halijah binti Yahaya
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Yang
Berusaha Dato'Hj Ahmad Termizi B. Hj Puteh Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Yang Berbahagia Datin
Hajah Haznim Bte Haji Hashim.
Antara acara yang menyerikan majlis
tersebut ialah Persembahan Jambangan Bunga kepada Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Oleh Kanak-Kanak
Istimewa. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
kemudian berkenan berangkat ke kolam Hidroterapi dan
Kelas Fisioterapi. Selepas menandatangani buku pelawat,
Seri Paduka Baginda dipersembahkan dengan sebuah nyanyian
Negaraku oleh kanak-kanak Istimewa.
Majlis diteruskan dengan sembah
ucapan alu-aluan oleh Yang Dihormatkan Dato' Seri Langat
Diraja Lam Pheng Chong, Presiden Persatuan Kanak-Kanak
Spastik Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda kemudian diberikan taklimat berkenaan
isu-isu semasa Negeri Selangor oleh Yang Berhormat Datin
Paduka Seripah Noli Bte Syed Hussin, Pengerusi Jawatankuasa
Tetap kebajikan, Kebudayaan dan Hal Ehwal Wanita. Selepas
itu majlis diserikan dengan persembahan nyanyian dan
muzik oleh pelajar dari Rumah Persatuan Kanak-Kanak
Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong berkenan mengurniakan sumbangan Kepada Persatuan
Kanak-kanak Spastik Selangor Dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan kepada Kanak-Kanak Istimewa. Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menerima sumbangan
cenderamata dari Yang Berhormat Datin Paduka Seripah
Noli Bte Syed Hussin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan,
Kebudayaan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor.





|