|
Pameran
dan 'Information Booth' semasa Program Pelaksanaan Perkampungan
Hadhari Peringkat Parlimen Petaling Jaya Utara
9
September 2007 - JKMN Selangor sekali lagi telah dijemput
menyertai Pameran dan 'Information Booth' semasa Program
Pelaksanaan Perkampungan Hadhari Peringkat Petaling
Jaya Utara yang bertempat di Seksyen 19, Petaling Jaya.
Aktiviti anjuran YB Datin Paduka Chew Mei Fun, selaku
Ahli Parlimen PJ Utara merangkap Setiausaha Parlimen
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
ini turut disertai oleh beberapa agensi yang berkaitan
seperti Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan lain-lain.
Kehadiran Pasukan Pameran JKMN Selangor adalah untuk
memberi penerangan, maklumat dan kaunter pendaftaran
orang kurang upaya kepada penduduk di kawasan berhampiran
Seksyen 19, Petaling Jaya.
|