| |
|
|
|
|
|
|
|
JKMN
Selangor Johan Buat Kali ke-4 Berturut-turut bagi Kategori
Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Sempena Hari Kualiti
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Tahun 2007 .
29 November 2007 - JKMN Selangor berjaya
mempertahankan kejuaraan buat
kali keempat berturut-turut sebagai Johan Kategori Pejabat
Kebajikan Masyarakat Negeri sempena Sambutan Hari Kualiti
JKMM Tahun 2007. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel
Royale Bintang, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Cik
Meme Zainal Rashid, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia yang baru. Bagi Kategori Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah, PKMD Hulu Langat telah
merangkul tempat ketiga. Antara kategori lain yang turut
disertai oleh JKMN Selangor adalah Anugerah Kualiti
Kategori Institusi Kebajikan yang disertai oleh Rumah
Ehsan Kuala Kubu Bharu, Konvensyen Kumpulan Kreatif
dan Inovatif diwakili oleh Pusat Perkembangan Kemahiran
Kebangsaan Serendah dengan tajuknya "Gangguan Air
Kerap Berlaku" manakala bagi pertandingan inovasi
disertai oleh pasukan dari JKMN Selangor dengan mempertaruhkan
Projek e-Kursus. Berikut adalah gambar detik-detik kenangan
manis JKMN Selangor semasa majlis tersebut.

|
|
 |
|