| |
|
|
|
|
|
|
|
Program
Perkampungan Hadhari Peringkat Negeri Selangor
26
Januari 2008 - Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama
NTV9 telah mengadakan program Perkampungan Hadhari Peringkat
Negeri Selangor pada 26 dan 27 Januari 2008. Program
yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam telah
disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Antara
tujuan utama diadakan program ini adalah memberi penjelasan
kepada masyarakat umum tentang Prinsip Islam Hadhari
melalui Prinsip Perkampungan (pameran) 10 khemah utama,
melalui pameran ini masyarakat dapat menghayati setiap
prinsip yang terkandung dalam Islam Hadhari dan yang
terakhir adalah setiap prinsip akan dikendalikan oleh
agensi yang berkaitan ke arah memperlihatkan pendekatan
Islam Hadhari di Negeri Selangor yang sejejar dengan
Selangor sebagai negeri maju.
|
|
 |
|