|
Pameran
dan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Sekretariat Kerajaan
Negeri Selangor
8
Disember 2007 - JKMN Selangor telah menyertai Pameran
dan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Sekretariat Kerajaan
Negeri Selangor Bil 2/2007 bertempat di Ruang Legar,
Anggerik Mall, Shah Alam. Program ini turut disertai
oleh beberapa agensi yang lain termasuklah Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Polis Diraja Malaysia,
Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor,
Jabatan Insolvensi Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Kesihatan Negeri
Selangor dan lain-lain agensi. Seramai 10 pegawai dan
kakitangan yang terdiri daripada pegawai di peringkat
pejabat negeri dan Bengkel Daya Klang telah bertugas
sepanjang program ini berlangsung.
|