|
Daulat
Tuanku Menjunjung Kasih Sempena Keberangkatan seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
ke kompleks penyayang Bakti, Sungai Buloh

28
April 2007 (Sabtu) - Sempena Istiadat Pertabalan Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII satu
Majlis Keberangkatan Lawatan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Ke Kompleks Penyayang Bakti, Sungai
Buloh telah diadakan,aturcara majlis di mulakan dengan
nyayian lagu Negaraku, sembah ucapan taklimat Y.B Dato'
Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat.
Raja Permaisuri Agong telah berkenan menandatangani plak
dan kemudian berangkat melawat kawasan kompleks.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh
pelajar Taska Penyayang Bakti. Y.B. Dato' Sri Shahrizat
Abdul Jalil turut mempersembahkan cenderakenangan kepada
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Sebelum majlis tersebut berakhir, Raja Permaisuri Agong
telah berkenan bersama-sama para tetamu untuk menikmati
sedikit jamuan. Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.
|