|
Majlis Kenangan Terindah Bersamamu Mantan Pengarah
Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
29 Mac 2008 - Majlis Kenangan Terindah Bersamamu Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, telah diadakan
dengan jayanya di Awana Genting Highland bagi meraikan
pertukaran mantan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Selangor Puan Halijah bt Yahaya ke Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi). Banyak kejayaan dan kecemerlangan jabatan
telah diperolehi sepanjang perkhidmatan beliau selama
3 tahun di JKMN Selangor.
Disamping itu, majlis tersebut juga
turut meraikan pegawai dan kakitangan yang bertukar
yang diserikan dengan pertunjukan montaj dan persembahan
oleh kakitangan JKMNS,PKMD dan Institusi.


|