Explorace Kids dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Sempena Program Kem Kesihatan Keluarga Sungai Besar Sempena hari Bapa Di Padang Tonggak 10, Sungai Besar, Selangor
22 Jun 2008 - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan Kem Kesihatan Keluarga yang bertemakan "Kebapaan Bertanggungjawab : Kunci Kesejahteraan Keluarga". Sempena program ini Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah mengendalikan program Explorace Kids dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (Si Cilik)yang merangkumi peserta sekitar kawasan Sg Besar, Sabak Bernam. Bagi Pertandingan Explorace Kids disertai oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Utama, Sg Besar dan bagi Pertandingan Mewarna Si Cilik ia disertai oleh kanak-kanak dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Pusat Aktiviti Kanak-kanak, TASKA dan kanak-kanak sekitar kawasan Sg Besar.