|
Program
Simfoni Cinta Warisan Kolej Harun Aminurrashid,
UPSI
21 sehingga 24 Februari 2008, Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Selangor telah menyertai Program
Simfoni Cinta Warisan 2008, yang telah dianjurkan oleh
Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), UPSI. Program tersebut
diadakan di Foyer Blok 1,2 dan 3 Kolej Harun
Aminurrashid Serta Gelanggang Bola Tampar. Program
bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 11 malam, selama
empat hari berturut-turut disitu. Golongan sasaran
Program tersebut tertumpu kepada Penghuni Kolej Harun
Amirnurrashid, Kolej Ungku Omar dan penghuni siswi di
kawasan perumahan Bahtera Terrace, para pelajar serta
pekerja UPSI, masyarakat setempat, pejabat kerajaan dan
peniaga di sekitar Tanjong Malim (Daerah Batang Padang
dan Hulu Bernam(Hulu Selangor) )Proton City dan Rawang,
Pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh, sekolah
menengah, sekolah rendah, sekolah teknik, kolej komuniti
dan kolej matrikulasi serta anak-anak yatim di seikitar
negeri perak. Program yang telah dijalankan oleh Jabatan
Kebajikan disana seperti memperkenalkan dan membuat
pendaftaran ahli-ahli baru Briget Kebajikan Perdana (BKP)
dan memberi taklimat mengenai fungsi-fungsi Jabatan
Kebajkan Masyarakat Negeri Selangor.



|