| |
|
|
|
|
|
|
|
Program
Seminar Pendidikan Khas
5 April 2008 - Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyertai
Program Seminar Pendidikan Khas yang telah dianjurkan
oleh Badan Kebajikan Pendidikan Khas SMK Saujana Utama
bersama PIBG bertempat di Dewan Auditorium SIRIM Shah
Alam. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir
jam 5.00 petang turut diisi seminar yang bertemakan
"Masa Depan Anak Berkeperluan Khas Tanggungjawab
Bersama" . Empat penceramah jemputan telah dijemput
untuk memberi input kepada seminar tersebut. Antara
slot yang dibincangkan adalah Slot Motivasi, Slot Pendidikan,
Slot Pakar Kesihatan dan Slot Kebajikan Masyarakat.
Objektif Seminar ini adalah untuk menyebar luaskan ilmu
pengetahuan dan kepakaran berkaitan pendidikan khas,
berkongsi maklumat, pandangan, pengalaman antara pihak
profesional dengan ibu bapa/penjaga dan guru pendidikan
khas. Selain itu objektif seminar ini juga untuk berkongsi
pandangan tentang hala tuju masa depan anak-anak berkeperluan
khas dan meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kepentingan
pendidikan serta hala tuju anak-anak berkeperluan khas.



|
|
 |
|