Jangan
asing diri daripada orang lain
Menurut
sumber dari Bahagian Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), statistik 2003 menunjukkan terdapat 49,340 Orang
Kurang Upaya (OKU) akal berdaftar dengan jabatan tersebut
di seluruh Malaysia.
Kumpulan
terencat akal dikategorikan di bawah OKU akal bersama-sama
dengan masalah pembelajaran, Down Sindrom dan lembam.
Statistik
menunjukkan kurang dari enam tahun terdapat 1064 kanak-kanak
lelaki dan 632 kanak-kanak perempuan OKU akal, usia
enam hingga 12 tahun seramai 1167 lelaki dan 1028 perempuan,
manakala usia 13 hingga 18 tahun pula mencatatkan 753
lelaki dan 464 perempuan dan selebihnya adalah OKU akal
dewasa.
Mereka
tidak diminta dilahirkan begitu di dunia tetapi menjadi
tanggungjawab ibu bapa atau saudara mara terdekat menjaga
kebajikan hidup mereka. Walaupun ibu bapa reda dengan
situasi tersebut namun sebagai manusia, mereka tetap
berada dalam tekanan apatah lagi jika usia semakin meningkat
dan uzur.
Kaunselor
di Counselling Services, Meriam Omar Din berkata, ibu
bapa yang mempunyai anak-anak terencat akal yang telah
dewasa biasanya mempunyai Core Independent Sidrom yang
mana mereka telah terbiasa atau lali mempunyai anak-anak
kurang upaya yang bergantung sepenuhnya terhadap mereka.
Sebab
itu lazimnya mereka tidak ada pergantungan dengan orang
luar kerana sindrom tersebut menjadikan mereka cukup
kuat dan tabah. Kumpulan ini juga tidak ada masa memikirkan
kebajikan diri sendiri kerana kebanyakan masa tertumpu
kepada anak-anak terencat ini.
Bagaimana
pun penambahan usia dan tubuh yang semakin uzur menyebabkan
mereka berada dalam tekanan kerana sering memikirkan
siapa yang akan menjaga anak-anak tersebut apabila mereka
menutup mata atau mati,'' katanya.
Tekanan
Beliau
berkata, sokongan terutama daripada keluarga terdekat
amat penting untuk meringankan tekanan yang dihadapi
di samping sokongan luar seperti jiran tetangga dan
sahabat handai.
Apa
yang membimbangkan, jika anak-anak tersebut pernah menjalani
rawatan, mungkin kesan sampingan terhadap mereka jika
orang tua tidak ada lagi lebih mudah, namun jika mereka
tidak pernah dirawat itu yang menjadi masalah agak berat,''katanya.
Beliau
memberi tip kepada kumpulan ibu bapa veteran yang mempunyai
anak-anak terencat akal supaya jangan mengasingkan diri
dengan orang lain.
Elakkan
berseorangan dan kalau boleh ahli keluarga terdekat
selalu libatkan ibu bapa dan anak yang terencat ini
di dalam perjumpaan keluarga atau program yang diatur
kerana itu akan membina harapan yang baik.
Sekurang-kurangnya
seorang di kalangan ahli beradik mempunyai kemahiran
menjaga individu yang terencat ini supaya senang hati
ibu atau ayah yang semakin meningkat usia,'' katanya.
Beliau tidak menafikan ada kalanya, ibu bapa akan cuai
menjaga anak-anak terencat akal di usia yang semakin
meningkat kerana mereka berasa terlalu sudah terlalu
lama dan lali dengan keadaan tersebut.
Dalam
hal ini sokongan jiran tetangga amat penting dan jangan
biarkan mereka berseorangan menempuh hidup yang dirasakan
semakin di penghujung jalan.
Bercampur
dengan kumpulan sokongan yang juga mempunyai anak-anak
senasib dan kalau jauh ke kampung hubungi Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) untuk memohon nasihat dan pandangan,''
katanya.
*
Oleh: Meriam Omar Din - Kaunselor di Counselling Services
|