Hak
kanak-kanak perlu perhatian serius
ISU
penderaan, penyeludupan, mangsa peperangan dan jangkitan
penyakit adalah antara masalah yang sering dikaitkan
dengan golongan kanak-kanak.
Golongan
yang mewakili satu pertiga daripada keseluruhan penduduk
dunia hari ini terus menjadi sasaran terutama pihak
yang tidak bertanggungjawab.
Lebih
membimbangkan golongan ini gagal mendapatkan hak mereka
seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak 1989.
Konvensyen
ini mengesahkan hakikat bahawa kanak-kanak, oleh kerana
mudah dipengaruhi, memerlukan penjagaan dan perlindungan
khas serta meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan
utama dan tanggungjawab pelindung oleh keluarga.
Justeru
dalam memastikan golongan ini terus terpelihara, adalah
menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mendapatkan
hak-hak ini.
Perkara
ini diakui sendiri Penolong Pengarah (Kanak-Kanak),
Bahagian Advokasi dan Perundangan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), Teoh Kim Lian, ketika menyampaikan
ceramah pada Bengkel CRC Zon Tengah anjuran Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia (Suhakam), di Kuala Lumpur, baru-baru
ini.
Katanya,
kanak-kanak adalah aset penting dalam sesebuah negara.
Malah, golongan ini bakal membentuk masyarakat dan generasi
akan datang dengan lebih sempurna dan berketerampilan.
Justeru, dalam memastikan usaha ini tercapai, perkembangan
mental dan fizikal mereka perlu diberi penekanan bagi
kesempurnaan hidup yang sejahtera.
Namun,
sayangnya kata Teoh, tidak kesemua daripada mereka berkesempatan
untuk menikmati kualiti hidup yang sewajarnya. Di banyak
tempat di dunia ini, terutama di negara-negara yang
miskin di Afrika, Asia, dan Amerika Latin, kanak-kanak
hidup dalam serba kedaifan.
Masalah
kemiskinan dan kebuluran yang melanda negara terlibat
ternyata memberi kesan mendalam kepada pembangunan sosial
dan mental kanak-kanak yang tidak berdaya.
Ramai
daripada kanak-kanak ini hidup dalam serba kekurangan
zat makanan seterusnya mengundang kepada pelbagai penyakit
berbahaya,'' ujarnya.
Kata
Teoh, dalam peringkat umur sebegini, mereka wajar menikmati
alam kanak-kanak dengan sempurna.
Ini
termasuklah hak mereka untuk mendapatkan perlindungan
kesihatan, pemakanan yang berzat dan juga pendidikan
yang berkualiti.
Dialu-alukan
Sementara
itu, Lina Teoh daripada Persatuan Pengasuh Berdaftar
Malaysia (PPBM) ketika mengendalikan bengkel itu berkata,
usaha Suhakam seumpamanya amat dialu-alukan dalam usaha
menyedarkan masyarakat mengenai CRC.
Katanya,
program yang dilaksanakan khusus kepada para tenaga
pengajar utama prasekolah mengenai CRC sekurang-kurangnya
dapat melatih atau mempratikkan pengetahuan kalangan
mereka di pusat pendidikan masing-masing.
Selain
itu ia juga bertujuan melatih tenaga pengajar ini untuk
meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak asasi manusia
khususnya CRC yang berkaitan dengan bidang mereka, ujarnya.
Katanya, bakal guru, mereka yang terbabit dengan asuhan
kanak-kanak dan ibu bapa adalah kumpulan sasar yang
perlu diberikan pendedahan khusus mengenai hak asasi
kanak-kanak sebagai seorang individu.
Katanya,
dalam masa sama pendidik juga disaran mempertingkatkan
pengetahuan perundangan bukan sahaja untuk mengetahui
hak pelajar atau murid seperti termaktub dalam CRC 1989,
bahkan untuk melindungi hak asasi mereka ketika menjalankan
tugas.
Kementerian
Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu menganjurkan
kursus seumpama itu.
Cadangan
itu terkandung dalam resolusi yang akan diserahkan untuk
penilaian Suhakam supaya dilaksanakan dalam usaha mewujudkan
masyarakat yang peka hak asasi kanak-kanak sebagai individu,''
katanya.
Beliau
berkata resolusi itu dikumpulkan oleh PPBM yang terbabit
secara langsung dengan CRC pada tujuh bengkel, termasuk
bengkel yang diadakan di seluruh negara.
Katanya
jika cadangan itu diterima pakai pihak berkenaan, matlamat
mewujudkan masyarakat peka hak asasi kanak-kanak sebagai
individu di negara ini menjelang 2007 akan tercapai.
Adalah menjadi harapan kami, agar semua pihak mengetahui
tentang hak asasi kanak-kanak ini bagi memastikan kanak-kanak
tidak terabai,'' ujarnya lagi.
Sementara
itu, Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Asiah Abu Samah pula
berkata, selain itu bengkel itu juga bertujuan melatih
tenaga pengajar ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai
hak-hak asasi manusia khususnya CRC yang berkaitan dengan
bidang mereka.
Adalah
diharapkan dengan usaha ini, masyarakat dapat membantu
kanak- kanak merasai nikmat hidup alam kanak-kanak yang
menggembirakan,'' katanya.
* Oleh: ROSLAH OTHMAN
|