|
Program Turun Padang Bersama Y.B. Datin Paduka Seripah
Noli binti Syed Hussin Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Kebudayaan Negeri Selangor
ke Daerah Klang
31 Mac 2006 (Jumaat) - Satu majlis perjumpaan kakitangan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor bersama
Yg. Bhg. Dato' Hjh Shamsiah binti Abdul Rahman Ketua
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah
diadakan di Dewan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan,
Serendah.
Majlis tersebut diadakan untuk meraikan dan memberi
penghargaan Jabatan kepada pegawai dan kakitangan
yang telah bertukar dan bersara. Seramai kira-kira 200
kakitangan yang hadir memeriahkan majlis tersebut yang
diserikan lagi dengan muzik Band Iringan "Charity Group"
daripada penghuni Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu.
Antara acara lain yang menyerikan majlis adalah nyanyian
pelatih Nonaliz Azlin dari Bengkel Daya Klang diiringi
petikan gitar oleh En. Mohd Said Mohd Yunos, Joget
Melayu oleh kakitangan Taman Sinar Harapan KKB, Lagu
solo 'live' oleh pelatih Selvaraj dari Pusat
Perkembangan Kemahiran Kebangsaan, Serendah dan nyanyian
karaoke oleh pegawai dan kakitangan JKMN Selangor.
Diakhir majlis tersebut telah diadakan acara penyampaian
Sijil Perlantikan Ahli Lembaga Pelawat Pusat
Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah yang baru
bagi tempoh 2005 hingga 2008 oleh Dato' Ketua Pengarah.


|