|
OBJEKTIF
Objektif
Umum
Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa
mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman
politik dan wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan
kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan
hdiup secara berterusan.
Objektif
Khusus
Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum,
Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus
yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai
murni di setiap peringkat perlaksanaannya.
Objektif
1:
Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat
Dipenuhi. Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah
dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat
berhak menikmati:
- Keperluan
asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya.
- Persekitaran
fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan.
- Persekitaran
sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.
- Peluang
untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan,
pendidikan, pekerjaan, kerjaya, kerohanian dan maklumat.
- Kehidupan
berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara
yang dilindungi oleh undang-undang.
- Keperluan
hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.
Objektif
2
Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat.
Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan
setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama,
budaya, gender, wilayah, fahaman politik, taraf perkahwinan
dan keupayaan fizikal serta mengambil kira kepekaan
terhadap keperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan
individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber
serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapati
matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat
kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi
memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan
dan kasih sayang sepanjang hayat.
Objektif
3
Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan dan
Perkhidmatan Sosial. Usaha perlu diambil untuk
memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud
iaitu :
-
sistem keluarga
- komuniti
- kumpulan etnik
- agama
- pendidikan
- organisasi sosial
untuk
membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi
secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan
sosial. Selain itu, sistem sokongan yang baru sebagai
tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.
Semua
sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan
sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan
anggota masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan
perkhidmatan bermutu.
Objektif
4
Menjana Sinergi Multisektor. Kerjasama
di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan
sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya
wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat
untuk tujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik
bagi semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa
pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan
dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor
perlu dan diatasi agar penggunaan sumber tenaga dapat
dioptimumkan.
STRATEGI
Pelbagai strategi telah dan akan terus dikenalpasti
bagi mencapai setiap objektif ini.
JENTERA
PELAKSANA
Pencapaian Dasar Sosial Negara bergantung kepada pewujudan
satu struktur yang mantap di semua pengikat bagi menyelaras
perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program
dan aktiviti-aktiviti pembangunan sosial yang dilaksanakan
oleh semua agansi kerajaan serta sektor swasta dan sukarela.
Bagi
merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah
Dasar Sosial Negara, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan
di peringkat persekutuan sebagai jentera penyelarasan
pelaksanaan. Majlis Sosial Negara yang merupakan badan
tertinggi ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
dengan keanggotaan terdiri daripada Menteri-menteri
Kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial, Kementerian
Perpaduan Negara dan Pambangunan Masyarakat akan bertindak
sebagai Urusetia.
Majlis
Sosial Negara akan dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan
Sosial Negara dan Jawatankausa Kerja Pembangunan Sosial
Negara di peringkat persekutuan. Di peringkat negeri
dan daerah struktur yang sedia ada, iaitu Majlis Pembangunan
Negeri, Jawatankuasa Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa
Kerja Pembangunan Daerah akan digunakan bagi menyelaras
perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian progaram-program
dan aktiviti-aktiviti sosial.
PENUTUP
Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi
falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara.
Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan pelaksanaan
program-program pembangunan sosial. Pelaksanaan dasar
ini akan menjadi suatu agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan
sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap menurut
acuannya sendiri. Pelaksanaan Daar Sosial Negara akan
dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan
pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung
kepada komitmen, sokongan, kerjasama sektor awam, swasta
dan sukarela.
|