|
Galeri Aktiviti Bengkel
Daya Klang
Latarbelakang
Bengkel Daya Klang
Bengkel
Daya Klang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah Bengkel
Terlindung 1979 bagi mewujudkan pekerjaan terlindung
kepada orang kurang upaya (OKU), anggota atau terencat
akal atau cacat pergaulan sosial yang tidak dapat bersaing
di pasaran.
Proses
urbanisasi yang pesat ditambah dengan kepadatan penduduk
dan kesesakan jalanraya di pusat-pusat perbandaran seluruh
negara telah menyukarkan lagi mobiliti OKU ini. Justeru
kemasukan mereka ke Bengkel Daya Klang merupakan pilihan
tepat ke arah mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi golongan
OKU ini.
'Mesra
OKU' merupakan teras pembinaan institusi ini di mana
kesemua bangunan yang terdapat di sini adalah setingkat
sahaja (ground level) dan mengambilkira keperluan-keperluan
khas OKU. Pengubahsuaian dan penambahbaikan dilakukan
dari semasa ke semasa ke arah mempertingkatkan keselesaan
mereka.


Lokasi
Bengkel Daya Klang
Terletak
di persimpangan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Jalan
Batu Unjur di Kilometer 4, Klang. Institusi ini didirikan
di atas tanah seluas 2.2 hektar (5 ekar), berjiran dengan
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Objektif
Penubuhan
Matlamat
utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan pekerjaan
terlindung kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran
terbuka.
Kumpulan
Sasar
Orang
kurang upaya anggota
Orang kurang upaya akal (terencat akal)
Undang-undang
Berkaitan
Kaedah-kaedah
Bengkel Terlindung 1979
Syarat
Kemasukan Ke Bengkel Daya Klang
- Mendapat
pengesahan Pegawai Perubatan kerajaan sebagai OKU
anggota/ terencat akal
- Berusia
18-45 tahun
- Sihat
tubuh badan dan boleh menguruskan keperluan sendiri
-
Terlatih dalam bidang yang dipohon
Cara
Memohon
Semua
permohonan hendaklah dimajukan ke Pegawai Kebajikan
Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemasukan adalah
tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat Malaysia.
Pengurusan
& Pentadbiran
Bengkel
Daya Klang ditadbir oleh seorang pengurus dengan sokongan
13 orang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
2 orang kakitangan Lembaga Pelawat institusi. Hari dan
waktu operasi hariannya adalah seperti berikut:
Isnin hingga Khamis
:
8.00 pagi - 1.00 petang (kerja)
: 1.00 t/hari - 2.00 petang (rehat)
: 2.00 petang - 4.30 petang (kerja)
Jumaat
: 8.00 pagi - 12.15 t/hari (kerja)
: 12.15 t/hari - 2.45 petang (rehat)
: 2.45 petang - 4.30 petang (kerja)
Institusi ini juga tidak beroperasi pada hari-hari cuti
umum Kerajaan Persekutuan dan Negeri Selangor. Pengurus
Bengkel Daya Klang adalah bertanggungjwab sepenuhnya
terus kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
Di
Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pula,
institusi ini terletak di bawah pentadbiran Pengarah
Bahagian Perlindungan.
Perkhidmatan
Yang Ditawarkan Kepada Agensi Kerajaan & Swasta
Uniknya
institusi ini ialah di samping menyediakan pekerjaan
terlindung kepada OKU, ia juga terlibat dalam arus perdana
bidang jahitan, percetakan dan kerja-kerja sub-kontrak
kilang yang terdapat di pasaran sekitar. 3 unit pengeluaran
yang beroperasi di Bengkel Daya Klang ialah Unit Jahitan
, Unit Percetakan dan Unit Perkhidmatan Am.
Unit
Jahitan
Unit
ini menerima tempahan jahitan dalam kuantiti kecil,
sederhana dan besar produk-produk seperti pakaian seragam/
kasual, langsir, apron dan topi, kain cadar, sarung
bantal, sarung kusyen, baju melayu, baju kurung dan
juga kraftangan berasaskan jahitan.
Tempahan yang diterima termasuk dari orang perseorangan,
jabatan/ agensi kerajaan mahupun swasta. OKU yang terlatih
dalam bidang ini ditempatkan di beberapa seksyen iaitu
memotong kain, menjahit, melipat, mengecap kain, mengira
dan juga pembungkusan. Upah pekerja dibayar mengikut
produktiviti. Caj perkhidmatan yang dikenakan oleh unit
ini adalah berpatutan dan paling kompetitif di pasaran.
Unit
Percetakan
Unit
ini menerima tempahan untuk mencetak sijil, kad bisnes,
kad ucapan, kad jemputan, flyers dan sebagainya. Turut
diterima ialah tempahan dari agensi kerajaan dan syarikat
swasta iaitu kerja pasca-cetak seperti melipat fail,
menampal sticking-cloth fail, mengegam poket fail dsbnya.
Unit ini turut menerima tempahan individu seperti unit
jahitan, caj perkhidmatan unit ini juga berpatutan.

Unit
Perkhidmatan Am
Unit
ini lazimnya menjalankan kerja-kerja sub-kontrak kilang-kilang
yang berhampiran di Lembah Klang dan bidang yang diceburi
biasanya ialah pemasangan komponen produk-produk berasaskan
plastik, getah, aloi dsbnya. Upah yang diberikan kepada
pekerja adalah berdasarkan produktiviti masing-masing.
Caj perkhidmatan yang diberikan oleh unit ini adalah
berpatutan dan boleh dirunding.

Lembaga
Pelawat
Sebuah
badan sukarela yang dikenali sebagai Lembaga Pelawat
Bengkel Daya Klang ditubuhkan oleh JKM, berfungsi membantu
jabatan menguruskan program pengeluaran di institusi
ini. Keanggotaan Lembaga ini terdiri dari sekurang-kurangnya
7 orang termasuk seorang wanita berkhidmat untuk tempoh
3 tahun setiap penggal dan dilantik terus oleh Y.B.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Galeri
& Info Seterusnya >> |