|
Lawatan
Kerja Y.B Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil Menteri
Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Ke Kompleks
Penyayang Bakti, Sg. Buluh
17 April 2006 (Isnin)
- Satu majlis lawatan kerja oleh Y.B Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Taska
Penyayang Bakti dan sekitar Kompleks Penyayang Bakti,
Sg. Buluh. Seramai kira-kira 100 orang pegawai dan
kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah
dijemput bagi menghadiri
majlis tersebut.
Taklimat mengenai Kompleks
Penyayang Bakti dan Taska Penyayang Bakti telah disampaikan oleh Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian
oleh pelajar Taska Penyayang Bakti. Y.B. Dato' Sri
Shahrizat Abdul Jalil turut sempat bersalaman dan
beramah mesra dengan kaktangan dan penghuni Kompleks Penyayang Bakti.
Sebelum majlis tersebut berakhir, sedikit jamuan telah disediakan
oleh pihak Kompleks Penyayang Bakti untuk di jamu kepada
para tetamu yang hadir. Majlis berakhir pada jam 6.30
petang.



|