|
Akta-akta Utama Di Bawah Perlaksanaan Jabatan Kebajikan
Masyarakat
Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia bertanggungjawab dalam
mengawal masalah-masalah sosial yang berlaku di negara
ini. Kawalan tersebut berlandaskan bidang kuasa undang-undang
yang tertakluk di bawahnya. undang-undang tersebut adalah
seperti tersenarai di bawah:
- Akta
Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521)
- Akta
Pengangkatan 1952 (Akta 257)
- Akta
Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253)
- Akta
Orang-orang Papa 1977 - (Akta 183)
- Akta
Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 - (Akta 308)
- Akta
Pusat Jagaan 1993 - (Akta 506)
- Akta
Kanak-kanak 2001 (Akta 611)
Akta-akta
ini bertindak sebagai kawalan kepada masalah-masalah
sosial yang berlaku dewasa ini seperti masalah juvana,
pengabaian kanak-kanak, keganasan rumahtangga, penderaan
dan juga penglibatan wanita dalam kegiatan maksiat dan
tidak bermoral.

1)
Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521)
Suatu
Akta yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi perlindungan
undang- undang dalam situasi keganasan rumahtangga dan
perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
Akta
Keganasan Rumahtangga 1994 telah dikuatkuasakan di seluruh
Malaysia pada 1 Jun 1996. Jenayah keganasan yang dilakukan
dalam rumahtangga kian meningkat dan kini merupakan
masalah sosial. Isu sosial ini boleh membawa kepada
keruntuhan masyarakat sekiranya tidak dibendung. Akta
Keganasan Rumahtangga 1994 adalah satu undang- undang
yang memberi perhatian yang khusus dalam hal-hal keganasan
rumahtangga dengan memperuntukan beberapa cara penyelesaian
bagi kes-kes sedemikian.
Dalam
akta ini mereka yang berikut boleh membuat aduan jika
sesuatu keganasan rumahtangga sedang berlaku kepada
Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Polis yang
juga bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa.
a)
Suami/Isteri.
b)
Bekas suami/isteri.
c)
Anak lelaki atau anak perempuan.
d)
Ibu atau bapa, abang, kakak, adik atau,
e)
Mana-mana saudara lain yang pada pendapat mahkamah adalah
seorang anggota keluarga tersebut.
Keganasan
rumahtangga ditakrifkan seperti perlakuan mana-mana
perbuatan tersebut:
- Secara
bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan atau
cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan
dan kecederaan fizikal.
- Menyebabkan
kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu
perbuatan yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan
kecederaan fizikal.
- Memaksa
mangsa dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan
apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual
ataupun selainnya yang mangsa itu berhak tidak melakukannya.
- Mengurung
atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
- Melakukan
khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta
dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari
bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau
kegusaran kepada mangsa itu.
Pegawai
kebajikan masyarakat yang bertindak sebagai Pegawai
Penguatkuasa di bawah akta ini perlu menjalankan tugas-tugas
seperti berikut :
a)
Membantu mangsa keganasan rumahtangga memfailkan aduan
berkenaan dengan keganasan rumahtangga itu.
b)
Mengadakan atau mengaturkan penangkutan bagi mangsa
ke kediaman alternatif atau tempat selamat atau tempat
berlindung sekiranya perlu.
c)
Mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa
itu ke hospital atau tempat kemudahan perubatan yang
terdekat bagi rawatan kecederaan sekiranya rawatan itu
diperlukan oleh mangsa.
d)
Menjelaskan kepada mangsa hak mendapatkan perlindungan.
e)
Menemankan mangsa ke kediaman mangsa itu atau kediaman
sebelumnya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya.

2)
Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257)
Suatu
Akta bagi mengadakan peruntukan pengangkatan anak.
- Kemudahan
- Memberi
peluang kepada orang-orang yang bukan Islam mengambil
anak angkat dengan cara yang sah melalui mahkamah.
Seorang kanak-kanak yang diambil dengan cara ini,
diberi taraf sama dengan anak kandung ibubapa
dan anak angkat itu boleh menuntut harta pusaka
dan lain-lain kemudahan seperti seorang anak kandung.
- Peranan
Pegawai Kebajikan Masyarakat
- Mendaftar
dan menyiasat permohonan.
- Menjalankan
penyeliaan terhadap ibubapa angkat selama 3 bulan
sebagai "Guardian ad Item".
- Menyediakan
laporan untuk membantu mahkamah membuat keputusan.

3)
Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253)
Suatu
Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran
pengangkatan.
Akta
ini memudahkan orang-orang berugama Islam atau bukan
berugama Islam mendaftarkan pengangkatan anak angkat
mereka tetapi pengangkatan ini tidak memberi sama taraf
seperti anak kandung khasnya mengenai mewarisi harta
ibubapa angkat.

4)
Akta Orang-orang Papa 1977 - (Akta 183)
Suatu
akta untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan memulihkan
orang-orang papa dan bagi mengawal kuturayau.
- Kemudahan
- Akta
ini memberi peluang kepada orang papa untuk mendapatkan
jagaan dan perlindungan serta pemulihan di pusat
pemulihan seperti di Desa Binadiri atau di Rumah
Seri Kenangan.
- Takrifan
Mengemis
- "Apa-apa
kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian
sedekah, sama ada atau tidak ada perbuatan pura-pura
menyanyi bermain, berlakon, menawarkan sesuatu
untuk jualan atau selainnya". Sec.2.
- Takrifan
Orang Papa
- "Seseorang
yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam
dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin
menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang
lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga mengadakan
kacau ganggu.
- Seseorang
peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam,
sama ada ya atau tidak ia mengemis, yang tidak
mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat
tinggal atau yang tidak dapat menyatakan perihal
dirinya dengan memuaskan". Sec.2

5)
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 - (Akta 308)
Suatu
Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran,
pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak
dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
-
Kemudahan
-
Akta
ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak
yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan
perkhidmatan taman asuhan kanak-kanak (TASKA)
semasa ibubapa mereka di tempat kerja.
-
Mewajibkan
pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada
10 orang kanak-kanak dibawah usia 4 tahun.
-
Menentukan
kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.
-
Hukuman
Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar

6)
Akta Pusat Jagaan 1993 - (Akta 506)
Suatu
Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran
pengangkatan.
Akta
ini memudahkan orang-orang berugama Islam atau bukan
berugama Islam mendaftarkan pengangkatan anak angkat
mereka tetapi pengangkatan ini tidak memberi sama taraf
seperti anak kandung khasnya mengenai mewarisi harta
ibubapa angkat.

7)
Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611)
Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang
yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlidungan dan
pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan
bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan
dengannya.
Akta
ini :
• Mengiktiraf
- wawasan
negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu
negara dimana keadilan social dan pembangunan moral
, etika dan ohani sama pentingnya dengan kemajuan
ekonomi dalam mewujudkan masyarakat yang penyayangmdamai
dan berperikemanusiaan.
•
Mengiktiraf
- seorang kanak-kanak bukan sahaja suatu bahagian
penting masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan,
pembangunan dan kemakmuran masyarakat.
•
Mengakui - seseorang kanak-kanak, tanpa kematangan
dari segi fizikal, mental dan emosi memerlukan perlindugan
, pemeliharaan dan bantuan khas selepas kelahirannya
bagi memastikan kanak-kanak tersebut dapat memberikan
sumbangan dalam pembentukan masyarakat madani.
|